Friday 13 April 2012

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara


Hello guys, welcome to our blog. This blog is just a brief through about the civilization of India, Malay and China. we simplified it so that its easy for you guys to understand about these civilizations. Please read through and enjoy our blog. :)
Salam, selamat datang ke blog kami. Blog ini  tentang tamadun India, Melayu dan China. kami telah meringkaskan tentang ketiga-tiga tamadun tersebut untuk anda semua. Harap blog kami akan  menarik perhatian anda. :)





PENGENALAN

Tamadun Melayu
-          Didefinisikan sebagai sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia ( Malay-Indonesia Achipelago), Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawa dan sebagainya.
-          Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan rumpun bangsa/bahasanya, iaitu Melayu tergolong di dalam cabang Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya Jawa, Acheh,Melanau, Iban, Bugis, Sulu dan sebagainya.

-          Proses kegemilangan tamadun melayu dapat dikelaskan kepada tiga peringkat utama:
i)                     kehidupan masyarakat melayu sebelum kedatangan agama islam
ii)                   kehidupan selepas menerima pengaruh Hindu-Buddha
iii)                  kehidupan masyarakat Melayu selepas kedatangan agama islam

-          Penerimaan agama islam sebagai asas kepada Tamadun Melayu adalah merupakan  perkembangan yang paling penting dalam membentuk sebuah Tamadun Melayu Islam yang gemilang.

Tamadun India
-          Sejarah kemunculan Tamadun India boleh dikategorikan kepada 3 kategori iaitu

I)        Zaman awal
II)      Zaman pertengahan
III)    Zaman moden

-          Di dalam Zaman awal dalam sejarah tamadun india,ia boleh dibahagikan kepada 9 zaman. Antaranya  ialah;
·         Zaman Pra -sejarah
·         Tamadun Lembah Indus
·         Zaman Vedik
·         Empayar Maurya
·         Empayar Gupta
·         Zaman Sangam
·         Zaman Pallava
·         Zaman Chola
-  Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat islam.Dalam tempoh ini,Islam memerintah india selama hampir 800 tahun iaitu dari (1000-1756). Namun kerajaan islam tidak mampu bertahan lebih lama apabila berlaku pemberontakan Hindu-sikh ke atas kerajaan Mughal dan disusuli oleh serangan pihak inggeris pada 1857 M.
-  Zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajah british pada tahun 1857 membawa berlakunya pembahagian bumi india kepada tiga buah negara iaitu India,Pakistan dan Bangladesh.Sebahagian besar umat islam kemudian berpindah ke Pakistan dan Bangladesh.

Tamadun China
-          Ahli sejarahdan kaji purba masih belum dapat memastikan sejarah asal usul orang Cina. Namun, depercayai bahawa orang Cina sama ada di Negara China mahupun di daerah yang lain di bahagian Timur Asia berasal daripada keturunan bangsa Monggol
-          Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia. Peradaban yang terawal di negara China ialah di Sungai Kuning di utara, kira-kira 4000 hingga 2000 S.M.
-          Tamadun China terbahagi kepada empat tahap atau peringkat perkembangan iaitu:
I)                     Zaman Pembinaan
II)                   Zaman Keagungan
III)                  Zaman Peralihan
IV)                  Zaman Moden
-          Zaman yang keempat memperlihatkan kemaraan Barat. Zaman ini menunjukkan kekalahan orang Cina kepada kuasa Barat dalam Perang Candu. Kegagalan negara China memulihkan imejnya menimbulkan beberapa usaha nilai-nilai Barat untuk menggantikan unsure-unsur tradisi Cina.



Organisasi sosial dan ciri-ciri pemerintahan

Definisi:
Beraja ialah sistem pemerintahan yang diperintah oleh raja dan biasanya secara monarki dan mutlak. Pembentukan dan perluasan empayar telah menyebabkan status seseorang raja itu meningkat daripada raja kepada maharaja seperti yang berlaku di China semasa pemerintahan Dinasti Chin dan di India semasa pemerintahan Dinasti Maurya. Republik ialah negara yang ditadbir oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.


Tamadun Melayu
-        Di Alam Melayu, sistem pemerintahan beraja merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja adalah ketua kerajaan.
-     Ciri-ciri seseorang Raja:
i)        berkuasa mutlak
ii)      berkuasa membuat undang-undang dan menjatuhkan hukuman
iii)    Dianggap oleh rakyatnya sebagai dewa (atau dewaraja) atau tuhan di muka bumi. Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak tanduk raja.
-     Menguasai sumber-sumber ekonomi utama seperti pungutan cukai, tenaga buruh dan aktiviti perdagangan. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara. Perlantikan para pegawai secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8, Pembesar 16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh astrologi Hindu.
-     Begitu juga dengan sistem pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi oleh agama Hindu. Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan raja,penggunaan alat-alat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan oleh tuhan-tuhan orang Hindu.
-     Raja menggunakan golongan Brahman (sami Hindu) untuk menonjolkan kekuatan dan keistimewaannya menerusi cerita dongeng, legenda dan metos. 


Tamadun India
-        Dalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak ( kerajaan bersifat teokrasi).Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan pemerintahan beraja.
-    Semasa India diperintah oleh Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321 SM), India mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.
-    Gelaran raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kawasan sekitar dilakukan.
-    Raja memerintah dengan bantuan Majlis Penasihat.
-    Empayar dibahagikan kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang wizurai.
-    Kerajaan ini mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan dan Perkhidmatan Perisik yang teratur.
-    Pentadbiran awam termasuk Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran, kematian dan pendapatan.
-    Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu badan yang dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli. 

Tamadun China
-         Negara China merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan beraja. Ketua bagi kerajaan pusat adalah maharaja atau Huang Ti.
-    Raja menduduki tempat teratas dalam susun lapis masyarakat Cina. Maharaja pertama dalam Dinasti Chin menggunakan gelaran Huang Ti yang menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja dianggap hebat sebagai The Great King dan The King of king.
-    Orang China percaya bahawa Raja diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman Dinasti Shang dan Chou raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera.
-    Namun, jika dilihat maharaja berkuasa mutlak, tetapi dari segi praktikalnya ialah kuasa raja adalah terhad. Hal ini kerana segala tindak-tanduk dan tindakan raja dikawal oleh undang-undang moral dalam karya-karya klasik Confucius, iaitu kod undang-undang yang diwarisi sejak zaman berzaman dan anggota-anggota Majlis Tertinggi.
-    Antara peranan-peranan raja:
i)      Ketua empayar
ii)     Sumber bagi segala undang-undang
iii)    Ketua hakim dan ketua keagamaan
iv)    Berkuasa melantik ketua dalam bidang keagamaan
v)    Melantik pegawai-pegawai pentadbir




KONSEP TAMADUN

TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu dapat dilihat melalui dua dimensi iaitu ; 
  • Rumpun bahasa bangsa : 
  1. Melayu terangkum dalam kelompok Austronesia-NusantaraKawasan wilayah
  • Kawasan wilayah 
  1. Tamadun Melayu merangkumi kawasan Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa kepulauan lain.
 TAMADUN INDIA
Tamadun India merangkumi  dua bahagian utama iaitu ;
  •  benua kecil india ;
  1.  Indo-Arya yang berpusat di India utara 
  •  Dravida ;
  1.  yang berpusat di India Selatan.

 TAMADUN CHINA

Terdapat 5 jenis konsep utama dalam tamadun China.

1)      Tien
  • -menunjukkan langit(heaven).
  • -menunjukkan dewa utama dalam tamadun cina sejak dari dulu lagi.
  • -salah satu dimensi agama.
     
2)      Dao / Tao
  • -maksud awal ialah jalan ataupun lorong.
  • -selepas kedatangan konfusius difahamkan sebagai metafizik untuk muninjukkan kepada keseluruhan alam sekitar.
   
3)      konsep tTin&y Yang

                             




  • -merupakan interaksi antara dua kuasa iaitu yin(perempuan) dan yang(lelaki).
  • -manakala dalam fizikal Yang dimaksudkan sebagai langit dan Yin pula sebagai bumi.

4)      “The golden mean”/ chung
  • -chung boleh menunjukkan jarak,masa,rupa yang ideal dalam sesuatu keadaan.
      
5)      “Konsep the ground unity”/TaT’ung
  • -satu prinsip menumpukkan perhatian kepada mengelakkan kesakitan dan penderitaan.

 
Kepercayaan dan agama


TAMADUN MELAYU
1) Tamadun Melayu Sebelum Kedatangan Islam
  • Terdapat dua ciri tamadun melayu yang muncul pada zaman ini. iaitu : 
  1.    Agragia : kerajaan berasaskan pertanian. 
  2.   Maritim : kerajaan berasaskan hasil laut.
  • Kerajaan Agraria pada masa itu terdiri daripada kerajaan Angkor dan Funan. 
  • Manakala Srivijaya, Lembah Bujang dan Majapahit. 
  • Pembinaan negara-negara kota tersebut merupakan asas pembentukan Tamadun Melayu.
  • Kepercayaan manusia dari dulu hingga sekarang dapat dikategorikan kepada 4 jenis;.
  1.  DINAMISME [Penyembahan kekuatan alam].
  2. ANIMISME [Penyembahan roh/nenek moyang]. 
  3. POLITISME [Penyembahan tuhan yang tidak Esa]. 
  4.  MONOTISME [Penyembahan tuhan yang Esa].
2) Tamadun Melayu Selepas Kedatangan Islam
                Teori Kedatangan Islam
  • Islam datang ke Tanah Melayu melalui pedagang-pedagang dari cina, India dan Arab.
  1. Melalui Cina 
  2.  Melalui India
  3.  Melalui Arab
  • Perkembangan Islam ke dalam Tamadun melayu dimulai dengan golongan bangsawan,  kerajaan-kerajaan Islam, golongan mubaligh, ulama dan ahli sufi. 
  • Seterusnya, golongan-golongan ini yang menyebarkan Islam di Tanah Melayu samada melalui perdagangan, perkahwinan dan penaklukan wilayah.
  • Antara beberapa sebab mengapa islam itu mudah diterima penduduk rantau ini. Antaranya :
·         1) Islam tidak memaksa masyarakat Alam Melayu supaya menerima ajarannya, sebaliknya menyerahkan kepada setiap individu sama ada mahu menerimanya atau tidak
·         agama baru ini boleh mengasimilasikan ajarannya dengan budaya masyarakat Melayu yang telah sebati dalam diri mereka
·         2) Islam merupakan agama yang sederhana dan sifatnya ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu.
 
TAMADUN INDIA

Di dalam Tamadun India terdapat pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan  sesuatu kaum.Antaranya ialah;
  • ·         Agama Hindu
  • ·         Agama Buddha
  • ·         Agama Jaina
  • ·         Agama Sikh
1) Agama Hindu
  • Sejarah awal kemunculan agama hindu sukar untuk ditentukan kerana agama ini dianggap bersifat agama semulajadi.
  • Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia.
  • Kepercayaan dan ajaran Hindhu diwarisi secara turun-temurun.
  • Nama asal agama hinhu ialah Sanata Dharma bererti prinsip dan peraturan kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat tuhan yang kekal abadi. 

2) Agama Buddha

                          
 
  • Agama Budhha diasaskan oleh Siddharta Gautama,putera Raja Sudhhodana Gautama daripada suku Shakya di India.
  • Budhha berasal daripada perkataan budh yang bermaksud yang mendapat kesedaran. 
  • Di dalam agama budhha ini,ia tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhan,metafizikal atau sesuatu falsafah sebaliknya mengenai ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan.ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma atau Dharma merangkumi 4 kebenaran Mulia.
3) Agama Jaina
  • Agama ini diasakan oleh Naputta Vardhamana yang digelar mahavira. 
  • Beliau merupakan anak lelakiseorang bangsawan yang sudah bosan dengan kemewahan dan hiburan serta hidup yang berfoya-foya.
  • Agama Jaina banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Budhhaisme.
  • Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu.Ajaran jaina ini mengandungi 9 prinsi-prinsip asas iaitu:
·         1) Jiva- roh yang terdapat dalam semua benda bergerak
·        2) Ajiva- benda yang tidak bernyawa
·         3) Asrava- daya penarik
·         4) Papa karma – dosa
·         5) Punya karma – pahala
·         6) Bandha – ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan
·         7) Samvara – menahan pengaliran karma
·         8) Nirjara – penghapusan karma
·         9) Siddhi – pelepasan dari kelahiran semula
  
4) Agama Sikh
  • Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan Keshatriya hindu yang dilahirkan di Punjab.
  • Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar,abadi,amat berkuasa.
  • Ajaran agama sikh menolak penggunaan patung sebagai gambaran tuhan yang transcendental dan tuhan adalah kuasa terkuat.
  • Selain itu,persaudaraan khalsa diperkenalkandengan tujuan memperkasakan identiti sikh dengan memakai lima simbol utama iaitu;
  1. Kesh – rambut panjang
  2. Kangha – sikat
  3. Kara – gelang besi
  4. Kirpan – pedang kecil
  5. Kachera – seluar jerut

TAMADUN CHINA

Di dalam Tamadun China terdapat pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan  sesuatu kaum. Antaranya ialah;
  •   Konfusianisme
  •    Daoisme
  •    Moisme
  •   Legalisme

1)   Konfusianisme
  • sejak 551SM-479SM oleh Joseph Needham,1954.
  • berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama konfusius.
  • menekankan pengalaman nilai dan sifat moral seperti ,perikemanusian(ren),kesusilaan(li),
Ketaantan kepada ibu bapa(xiao).
  • oleh itu manusia dikatakan berupaya mencapai 4 jenis sifat yang mulia iaitu:
  1. perikemanusian(ren)
  2. kewajaran(yi)
  3. kesusilaan(Li) 
  4. keanfan(zhi)



                  


2)      Daoisme
  • diasaskan oleh dua orang pemikir agung cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi.
  • Lao Zi dilahirkan pada 604 SM manakala Zhuang Zi pula pada 369SM-286SM.
  • terbahagi kepada dua cabang iaitu pemikiran falsafah Dao(daojia) dan aliran keagamaan        Dao(daojiao).
  • kitab daoisme (daodejing ) bersifat aliran keagamaan  dan menerangkan tentang aspek metafizik Dao.
  • Doa (jalan) mempunyai pengertian bagi punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan.

3)       Moisme
  • diasaskan oleh Mo Zi  pada 479SM-381SM.
  • konsep penting ialah
  1. aspek kasih sayang sejagat(jian’ai)
  2. mengecam sikap suka berperang(feigong)
  3. menyerah kepada nasib(feiming)
  4. mengutamkan golongan cerdik pandai(shangxian)  
  • pengikut-pengikut aliran ini menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran konfisianisme.
  • menjadi pelopori analisis logic di Negara china.
 
3)      Legalisme
  • diasaskan oleh seorang ahli falsafah cina iaitu Han Fei Zi.
  • dilaksanakan  semasa china dibawah pemerintahan dinasti Chin.
  • mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah.
  • menyarankan pemerintahan berdasarkan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan yang disyorkan oleh konfusius.
  • mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara china.
 



SUMBANGAN-SUMBANGAN
TAMADUN MELAYU
  • ·        Perkembangan intelektual bangsa Melayu serta perkembangan BM. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa komunikasi utama unntuk berdagang di tanah melayu.
  • ·         Pusat kegiatan ekonomi yang menjadi tunjang kepada semua bangsa menjalanan aktiviti perdagangan.
  • ·         Agama islam telah menjadi agama rasmi di tanah melayu.
  • ·         Sistem ekonomi dan pentadbiran yang sistematik dan teratur.
 TAMADUN INDIA
  • Seni Halus
  1. ·         Muzik ,tarian dan drama– muzik india menggunakan 4 komponen alat muzik iaitu Tala,avanadhha,Ghana dan Surira. Tarian dan muzik mempunyai hubungan yang erat,misaalnya tarian khatak dan muzik Hindustani.
  • Ilmu Astronomi
  1. ·         kalendar matahari dicipta untuk mengenal musim,tahun,bulan dan hari.
Astrologi berkembang di zaman gupta .9 planet dan 27 bintang ini mempengaruhi kehidupan manusia
  • Bidang Logam
  1. ·         Mereka berkemahiran dalam ilmu kaji logam.Kemahiran orang india jelas Nampak pada Iron Pillar di Delhi yang di buat pada kurun ke-5.ia merupakan besi yang tinngi 7 meter yang tulen dan tidak berkarat.
 TAMADUN CHINA
  • Bahasa dan  kesusasteraan
  1. bermula sejak kurun ke-14 SM
  2. berkembang berterusan lebih daripada 3,000 tahun. 
  3. bahasa cina tidak pernah menerima sebarang sekatan kerana mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan. 
  4. pada dasarnya,tulisan cina bersifat grafik dan bukan fonetik. 
  5. bahasa cina ini mengekalkan kesinambungan budaya cina dan membolehkan kesusasteraan cina menjadi asset penting dalam budaya masyarakat cina. 
  6. terbahagi kepada prosa, drama dan fiksyen.

  • Sains dan teknologi
1) membina tembok besar china yang menjadi kebanggaan masyarakat cina dari dulu sampai sekarang.
  • tembok besar china ini merupakan contoh seni bina orang cina.
  • mempunyai kemahiran mencipta kertas dan tembikar.
2) telah mencipta mercun semasa dinasti Tang.
  • pada asalnya mercun digunakan untuk menyambut sesuatu perayaan tetapi kemudiannya digunakan secara meluas dalam peperangan.
3) telah mencipta kompas yang pertama oleh penduduk china.
  • tujuan utamanya ialah untuk kegunaan keagamaan.
  • kampas tersebut diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.