Wednesday 11 April 2012

Organisasi sosial dan ciri-ciri pemerintahan


Definisi:
Beraja ialah sistem pemerintahan yang diperintah oleh raja dan biasanya secara monarki dan mutlak. Pembentukan dan perluasan empayar telah menyebabkan status seseorang raja itu meningkat daripada raja kepada maharaja seperti yang berlaku di China semasa pemerintahan Dinasti Chin dan di India semasa pemerintahan Dinasti Maurya. Republik ialah negara yang ditadbir oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.

Tamadun Melayu
-        Di Alam Melayu, sistem pemerintahan beraja merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja adalah ketua kerajaan.
-     Ciri-ciri seseorang Raja:
i)        berkuasa mutlak
ii)      berkuasa membuat undang-undang dan menjatuhkan hukuman
iii)    Dianggap oleh rakyatnya sebagai dewa (atau dewaraja) atau tuhan di muka bumi. Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak tanduk raja.
-     Menguasai sumber-sumber ekonomi utama seperti pungutan cukai, tenaga buruh dan aktiviti perdagangan. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara. Perlantikan para pegawai secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8, Pembesar 16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh astrologi Hindu.
-     Begitu juga dengan sistem pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi oleh agama Hindu. Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan raja,penggunaan alat-alat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan oleh tuhan-tuhan orang Hindu.
-     Raja menggunakan golongan Brahman (sami Hindu) untuk menonjolkan kekuatan dan keistimewaannya menerusi cerita dongeng, legenda dan metos. 


Tamadun India
-        Dalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak ( kerajaan bersifat teokrasi).Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan pemerintahan beraja.
-    Semasa India diperintah oleh Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321 SM), India mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.
-    Gelaran raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kawasan sekitar dilakukan.
-    Raja memerintah dengan bantuan Majlis Penasihat.
-    Empayar dibahagikan kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang wizurai.
-    Kerajaan ini mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan dan Perkhidmatan Perisik yang teratur.
-    Pentadbiran awam termasuk Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran, kematian dan pendapatan.
-    Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu badan yang dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli. 

Tamadun China
-         Negara China merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan beraja. Ketua bagi kerajaan pusat adalah maharaja atau Huang Ti.
-    Raja menduduki tempat teratas dalam susun lapis masyarakat Cina. Maharaja pertama dalam Dinasti Chin menggunakan gelaran Huang Ti yang menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja dianggap hebat sebagai The Great King dan The King of king.
-    Orang China percaya bahawa Raja diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman Dinasti Shang dan Chou raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera.
-    Namun, jika dilihat maharaja berkuasa mutlak, tetapi dari segi praktikalnya ialah kuasa raja adalah terhad. Hal ini kerana segala tindak-tanduk dan tindakan raja dikawal oleh undang-undang moral dalam karya-karya klasik Confucius, iaitu kod undang-undang yang diwarisi sejak zaman berzaman dan anggota-anggota Majlis Tertinggi.
-    Antara peranan-peranan raja:
i)      Ketua empayar
ii)     Sumber bagi segala undang-undang
iii)    Ketua hakim dan ketua keagamaan
iv)    Berkuasa melantik ketua dalam bidang keagamaan
v)    Melantik pegawai-pegawai pentadbir



1 comment: