Friday 11 May 2012

Kedudukan Wanita Dahulu dan Sekarang :)


Wanita Islam
-          Kaum wanita seperti juga kaum lelaki adalah sama-sama bertanggungjawab terhadap pembangunan negara, sama ada dari segi ekonomi, pendidikan,politik, sosial dan juga ketenteraan.
-          Dalam sejarah ketenteraan Islam, kaum wanita telah sama-sama terlibat, sama ada tentera bersenjata atau pembantu yang bertugas sebagai pembawa air dan makanan, merawat tentera yang tercedera dalam peperangan dan lain-lain lagi.
-          Antara mereka yang terlibat dalam ketenteraan termasuklah Hindun, ibu Mu’awiyah bin Abi Sufyan.
-          Kaum wanita juga diberi hak yang sama dengan kaum lelaki dalam urusan menuntut ilmu dan menyambung keturunan atau zuriat.
-           Kaum wanita juga berhak mengeluarkan pandangan atau pendapat atau menegur sesuatu kesilapan yang berlaku.
-           Pada zaman Nabi, kaum wanita turut serta dalam majlis perbincangan dan pernah berdialog dengan Nabi (al-Quran, al-Mujadalah: 1, al-Mumtahinan:10-12).

 

Tamadun India
-          Kaum wanita dihormati tetapi tidak diberikan taraf yang sama dengan kaum lelaki. Seseorang wanita yang bersifat pemalu (manam), merendahkan diri (madam), takut kerana malu/silu/segan (achcham) dan mengundurkan diri kerana takut/malu dari semua yang tidak biasa ( payirppu),  digambarkan sebagai seorang wanita yang baik.
-          Mereka juga dikehendaki memainkan peranan yang pasif. Tiga jenis wanita yang dibincangkan dalam kesusasteraan Sangam iaitu:
I)                      berkahwin dan mempunyai keluarga
II)                    menjadi pertapa
III)                   menjalankan kehidupan sebagai pelacur professional (kamakkanigaiyar) atau sebagai perempuan simpanan (kamakkilattiyar).


Selepas kemerdekaan, undang-undang dan akta digubal oleh kerajaan bagi member hak sama rata kapada kedua-dua jantina. Sebagai contoh, antara akta-akta yang diwujudkan adalah :-
·         ,mengagihkan harta keluarga dengan sama rata antara kaum lelaki dan juga perempuan.
·         Akta yang mengharamkan permintaan dowry.
·         Akta panchayati raj.
·         Akta anti-keganasan domestic dimana ia memastikan keselamatan wanita di rumah terjamin.
Tambahan pula, wanita turut telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti ke kolej dan university. 33 peratus telas diperuntukkan olah kerajaan bagi menampung golongan wanita di institut pengajian tinggi. Peruntukan ini telah membolehkan kaum wanita berjaya menceburi pelbagai bidang profesion seperti kejuruteraan,perubatan,perguruan dan lain-lain.


Tamadun China
zaman dahulu:
-          Perbezaan jantina menyebabkan penghambaan wanita sering berlaku di negara China menggambarkan segala kekurangan status wanita yang rendah jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Kostum cina yang menjual anak perempuan kepada pedagang haram untuk menjadi pelacur di luar negara.
-          Selain itu, system Mui Tsai di negara China dengan menjual anak perempuan kepada orang kaya untuk dijadikan hamba keluarga. Anak perempuan juga sering dijualkan kepada rumah pelacuran oleh ibu bapa mereka untuk membayar hutang.
-          Penghambaan wanita keluarga yang lain ialah pengambilan anak angkat perempuan sebagai isteri anak lelaki orang kaya dari kecilnya. Seseorang perempuan itu mungkin akan bertugas untuk menjaga suami masa depannya atau sebagai orang gaji.

zaman sekarang:
Kedudukan wanita dalam masyarakat Cina sekarang telah banyak berubah sejak separuh abad dahulu. Pada zaman imperial cina, wanita tidak memiliki banyak hak. Sebagai contoh, bangsawan lelaki cina boleh memiliki sebanyak isteri yang mereka ingini. Hal ini demikian kerana, tidak seperti di Barat, tiada undang-undang keagamaan yang menghalang lelaki untuk mengambil gundik.
Namun begitu, pada zaman sekarang, perkahwinan secara paksaan dari pihak keluarga sudah jarang diamalkan. Sebaliknya, lelaki perlu meyakinkan wanita untuk menerima lamarannya sekiranya lelaki itu hendak menjadikan wanita itu sebagai isterinya. Wanita Cina sekarang tidak akan mengahwini seseorang lelaki sekiranya dia tidak mempunyai perasaan cinta dan sayang terhadap lelaki tersebut. Hal ini telah membuktikan wanita cina zaman sekarang mempunyai lebih banyak hak dalam memilih pasangan hidup mereka berbanding dengan wanita cina zaman dahulu.
Tambahan pula, wanita cina sekarang diberi hak sama rata dengan lelaki dalam sektor pekerjaan.Oeh sebab itu, wanita-wanita cina dapat bekerja dan mampu mencari sumber rezeki dengan kemampuan diri sendiri. Hal ini telah mengakibatkan wanita tidak perlu terlampau bergantung kepada lelaki untuk menyara hidup dan menampung keperluan hidup mereka.



Tradisi Mengecilkan Kaki:

Tradisi ini diamalkan sejumlah wanita kelas pertengahan dan atas di China sebelum abad ke-20. Sejak usia 5-8 tahun, mereka akan mengikat empat jari kaki, kecuali ibu jari, ke bawah telapak kaki. Kain yang digunakan untuk mengikat kemudian dijahit untuk mencegah pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya menyatu dengan telapak kaki.

Dalam budaya mereka, tujuan tradisi ini diamalkan:
(i)                   Mewujudkan tanda atau ciri-ciri kewanitaan bagi seseorang perempuan
(ii)                 Bentuk kaki kecil adalah lambang kecantikan wanita. Bahkan, boleh meningkatkan ghairah seksual lelaki.
(iii)                Mereka percaya hanya wanita berkaki kecil sahaja akan dapat berkahwin
(iv)                Gadis yang tidak mengamalkan tradisi ini akan dianggap memberontak dan derhaka kepada ibu bapa dan masyrakat.

Demi mendapat kehormatan di mata masyarakat, mereka rela mengalami patah tulang dan jangkitan semasa proses pengikatan. Golongan wanita Cina yang mengamalkan tradisi ini telah mengalami kecacatan pada kaki disebabkan keputusan drastik untuk menjaga dan mengecilkan kaki atau jari kaki dengan memakai kasut yang sangat kecil.
Tradisi mengecilkan kaki ini telah diharamkan setelah kejatuhan kerajaan dinasti imperial yang terakhir. Namun begitu, segelintir wanita masih mengamalkan tradisi ini secara rahsia, terutama di kawasan-kawasan pedalaman seperti Xiaojie. Hal ini demikian kerana mereka percaya bahawa mereka tidak akan dapat berkahwin sekiranya tidak mengecilkan kaki mereka. Namun, oleh sebab takut akan denda-denda yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa sekiranya ditangkap masih mengamalkan tradisi ini, kebanyakan mereka mengaku kalah kepada system baru ini dan mula membuka balutan di kaki anak gadis masing-masing.