Hello
guys, welcome to our blog. This blog is just a brief through about the
civilization of India, Malay and China. we simplified it so that its
easy for you guys to understand about these civilizations. Please read
through and enjoy our blog. :)
Salam, selamat datang ke blog kami.
Blog ini tentang tamadun India, Melayu dan China. kami telah
meringkaskan tentang ketiga-tiga tamadun tersebut untuk anda semua.
Harap blog kami akan menarik perhatian anda. :)
Tamadun
Melayu
-
Didefinisikan
sebagai sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan
secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di
Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan
Melayu-Indonesia ( Malay-Indonesia Achipelago), Nusantara, Alam Melayu, Tanah
Jawa dan sebagainya.
-
Istilah
Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan rumpun bangsa/bahasanya, iaitu Melayu
tergolong di dalam cabang Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya
Jawa, Acheh,Melanau, Iban, Bugis, Sulu dan sebagainya.
-
Proses kegemilangan tamadun melayu dapat
dikelaskan kepada tiga peringkat utama:
i)
kehidupan masyarakat melayu sebelum
kedatangan agama islam
ii)
kehidupan selepas menerima pengaruh
Hindu-Buddha
iii)
kehidupan masyarakat Melayu selepas
kedatangan agama islam
-
Penerimaan agama islam sebagai asas
kepada Tamadun Melayu adalah merupakan perkembangan
yang paling penting dalam membentuk sebuah Tamadun Melayu Islam yang gemilang.
Tamadun India
-
Sejarah kemunculan Tamadun India boleh
dikategorikan kepada 3 kategori iaitu
I)
Zaman awal
II) Zaman
pertengahan
III) Zaman
moden
-
Di dalam Zaman awal dalam sejarah tamadun
india,ia boleh dibahagikan kepada 9 zaman. Antaranya ialah;
·
Zaman Pra -sejarah
·
Tamadun Lembah Indus
·
Zaman Vedik
·
Empayar Maurya
·
Empayar Gupta
·
Zaman Sangam
·
Zaman Pallava
·
Zaman Chola
- Zaman
pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat islam.Dalam tempoh ini,Islam
memerintah india selama hampir 800 tahun iaitu dari (1000-1756). Namun kerajaan
islam tidak mampu bertahan lebih lama apabila berlaku pemberontakan Hindu-sikh
ke atas kerajaan Mughal dan disusuli oleh serangan pihak inggeris pada 1857 M.
- Zaman moden
terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajah british pada tahun
1857 membawa berlakunya pembahagian bumi india kepada tiga buah negara iaitu
India,Pakistan dan Bangladesh.Sebahagian besar umat islam kemudian berpindah ke
Pakistan dan Bangladesh.
Tamadun China
-
Ahli
sejarahdan kaji purba masih belum dapat memastikan sejarah asal usul orang
Cina. Namun, depercayai bahawa orang Cina sama ada di Negara China mahupun di
daerah yang lain di bahagian Timur Asia berasal daripada keturunan bangsa
Monggol
-
Tamadun
China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia. Peradaban yang
terawal di negara China ialah di Sungai Kuning di utara, kira-kira 4000 hingga
2000 S.M.
-
Tamadun
China terbahagi kepada empat tahap atau peringkat perkembangan iaitu:
I)
Zaman
Pembinaan
II)
Zaman
Keagungan
III)
Zaman
Peralihan
IV)
Zaman
Moden
-
Zaman
yang keempat memperlihatkan kemaraan Barat. Zaman ini menunjukkan kekalahan
orang Cina kepada kuasa Barat dalam Perang Candu. Kegagalan negara China
memulihkan imejnya menimbulkan beberapa usaha nilai-nilai Barat untuk
menggantikan unsure-unsur tradisi Cina.
Organisasi sosial dan ciri-ciri pemerintahan
Definisi:
Beraja ialah sistem
pemerintahan yang diperintah oleh raja dan biasanya secara monarki dan mutlak.
Pembentukan dan perluasan empayar telah menyebabkan status seseorang raja itu
meningkat daripada raja kepada maharaja seperti yang berlaku di China semasa
pemerintahan Dinasti Chin dan di India semasa pemerintahan Dinasti Maurya.
Republik ialah negara yang ditadbir oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.
Tamadun Melayu
-
Di
Alam Melayu, sistem pemerintahan beraja merupakan campuran sistem tempatan
dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja adalah ketua kerajaan.
-
Ciri-ciri
seseorang Raja:
i)
berkuasa
mutlak
ii)
berkuasa
membuat undang-undang dan menjatuhkan hukuman
iii)
Dianggap
oleh rakyatnya sebagai dewa (atau dewaraja) atau tuhan di muka bumi. Rakyat
tidak boleh mempersoalkan tindak tanduk raja.
- Menguasai
sumber-sumber ekonomi utama seperti pungutan cukai, tenaga buruh dan aktiviti
perdagangan. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara.
Perlantikan para pegawai secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8,
Pembesar 16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh astrologi Hindu.
-
Begitu
juga dengan sistem pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi oleh
agama Hindu. Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan
raja,penggunaan alat-alat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan
oleh tuhan-tuhan orang Hindu.
- Raja
menggunakan golongan Brahman (sami Hindu) untuk menonjolkan kekuatan dan
keistimewaannya menerusi cerita dongeng, legenda dan metos.
Tamadun India
- Dalam
tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM,
pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak ( kerajaan bersifat
teokrasi).Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan
pemerintahan beraja.
- Semasa
India diperintah oleh Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya
(321 SM), India mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara
monarki.
- Gelaran
raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kawasan
sekitar dilakukan.
- Raja memerintah dengan bantuan Majlis
Penasihat.
- Empayar
dibahagikan kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang
wizurai.
- Kerajaan
ini mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan dan Perkhidmatan
Perisik yang teratur.
- Pentadbiran
awam termasuk Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran
kelahiran, kematian dan pendapatan.
- Bandar-bandar
dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu badan yang dibahagikan kepada 6
jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli.
Tamadun China
- Negara
China merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan beraja. Ketua
bagi kerajaan pusat adalah maharaja atau Huang Ti.
- Raja
menduduki
tempat teratas dalam susun lapis masyarakat Cina. Maharaja pertama
dalam Dinasti Chin menggunakan gelaran Huang Ti yang menunjukkan kuasa
dan karisma seseorang raja dianggap hebat sebagai The Great King dan The
King of
king.
- Orang
China percaya bahawa Raja diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman
Dinasti Shang dan Chou raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera.
- Namun,
jika dilihat maharaja berkuasa mutlak, tetapi dari segi praktikalnya ialah
kuasa raja adalah terhad. Hal ini kerana segala tindak-tanduk dan tindakan raja
dikawal oleh undang-undang moral dalam karya-karya klasik Confucius, iaitu kod
undang-undang yang diwarisi sejak zaman berzaman dan anggota-anggota Majlis Tertinggi.
- Antara
peranan-peranan raja:
i)
Ketua
empayar
ii)
Sumber
bagi segala undang-undang
iii)
Ketua
hakim dan ketua keagamaan
iv)
Berkuasa
melantik ketua dalam bidang keagamaan
v)
Melantik
pegawai-pegawai pentadbir
KONSEP TAMADUN
TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu dapat dilihat melalui
dua dimensi iaitu ;
- Melayu
terangkum dalam kelompok Austronesia-NusantaraKawasan wilayah
- Tamadun
Melayu merangkumi kawasan Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa
kepulauan lain.
TAMADUN INDIA
Tamadun India
merangkumi dua bahagian utama iaitu ;
- Indo-Arya yang
berpusat di India utara
- yang berpusat di
India Selatan.
TAMADUN CHINA
Terdapat 5 jenis konsep utama dalam
tamadun China.
1) Tien
- -menunjukkan
langit(heaven).
- -menunjukkan
dewa utama dalam tamadun cina sejak dari dulu lagi.
- -salah
satu dimensi agama.
2) Dao / Tao
- -maksud
awal ialah jalan ataupun lorong.
- -selepas
kedatangan konfusius difahamkan sebagai metafizik untuk muninjukkan kepada
keseluruhan alam sekitar.
3) konsep tTin&y Yang
- -merupakan
interaksi antara dua kuasa iaitu yin(perempuan) dan yang(lelaki).
- -manakala
dalam fizikal Yang dimaksudkan sebagai langit dan Yin pula sebagai bumi.
4) “The golden mean”/ chung
- -chung
boleh menunjukkan jarak,masa,rupa yang ideal dalam sesuatu keadaan.
5) “Konsep the ground unity”/TaT’ung
- -satu
prinsip menumpukkan perhatian kepada mengelakkan kesakitan dan
penderitaan.
Kepercayaan
dan agama
TAMADUN MELAYU
1) Tamadun
Melayu Sebelum Kedatangan Islam
- Terdapat
dua ciri tamadun melayu yang muncul pada zaman ini. iaitu :
-
Agragia : kerajaan berasaskan pertanian.
-
Maritim : kerajaan berasaskan hasil laut.
- Kerajaan
Agraria pada masa itu terdiri daripada kerajaan Angkor dan Funan.
- Manakala
Srivijaya, Lembah Bujang dan Majapahit.
- Pembinaan
negara-negara kota tersebut merupakan asas pembentukan Tamadun Melayu.
- Kepercayaan
manusia dari dulu hingga sekarang dapat dikategorikan kepada 4 jenis;.
- DINAMISME
[Penyembahan kekuatan alam].
- ANIMISME
[Penyembahan roh/nenek moyang].
- POLITISME
[Penyembahan tuhan yang tidak Esa].
- MONOTISME
[Penyembahan tuhan yang Esa].
2) Tamadun Melayu Selepas Kedatangan
Islam
Teori Kedatangan Islam
- Islam
datang ke Tanah Melayu melalui pedagang-pedagang dari cina, India dan
Arab.
- Melalui
Cina
- Melalui
India
- Melalui
Arab
- Perkembangan
Islam ke dalam Tamadun melayu dimulai dengan golongan bangsawan,
kerajaan-kerajaan Islam, golongan mubaligh, ulama dan ahli sufi.
- Seterusnya,
golongan-golongan ini yang menyebarkan Islam di Tanah Melayu samada
melalui perdagangan, perkahwinan dan penaklukan wilayah.
- Antara
beberapa sebab mengapa islam itu mudah diterima penduduk rantau ini.
Antaranya :
· 1) Islam tidak memaksa
masyarakat Alam Melayu supaya menerima ajarannya, sebaliknya menyerahkan kepada
setiap individu sama ada mahu menerimanya atau tidak
· agama baru ini boleh
mengasimilasikan ajarannya dengan budaya masyarakat Melayu yang telah sebati
dalam diri mereka
· 2) Islam merupakan
agama yang sederhana dan sifatnya ini telah mendapat tempat di kalangan
masyarakat Melayu.
TAMADUN INDIA
Di dalam Tamadun India terdapat
pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan
sesuatu kaum.Antaranya ialah;
1) Agama Hindu
- Sejarah
awal kemunculan agama hindu sukar untuk ditentukan kerana agama ini
dianggap bersifat agama semulajadi.
- Hinduisme
tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat
pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia.
- Kepercayaan
dan ajaran Hindhu diwarisi secara turun-temurun.
- Nama
asal agama hinhu ialah Sanata Dharma bererti prinsip dan peraturan
kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat tuhan yang kekal abadi.
2) Agama Buddha
- Agama
Budhha diasaskan oleh Siddharta Gautama,putera Raja Sudhhodana Gautama
daripada suku Shakya di India.
- Budhha
berasal daripada perkataan budh yang bermaksud yang mendapat
kesedaran.
- Di
dalam agama budhha ini,ia tidak mengajar mengenai hal-hal
ketuhan,metafizikal atau sesuatu falsafah sebaliknya mengenai
ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan
kehidupan.ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma atau Dharma merangkumi 4
kebenaran Mulia.
3) Agama Jaina
- Agama
ini diasakan oleh Naputta Vardhamana yang digelar mahavira.
- Beliau
merupakan anak lelakiseorang bangsawan yang sudah bosan dengan kemewahan
dan hiburan serta hidup yang berfoya-foya.
- Agama
Jaina banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Budhhaisme.
- Agama
ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan
kelahiran semula roh-roh individu.Ajaran jaina ini mengandungi 9
prinsi-prinsip asas iaitu:
·
1) Jiva- roh yang terdapat dalam semua benda bergerak
·
2) Ajiva- benda yang tidak bernyawa
·
3) Asrava- daya penarik
·
4) Papa karma – dosa
·
5) Punya karma – pahala
·
6) Bandha – ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan
·
7) Samvara – menahan pengaliran karma
·
8) Nirjara – penghapusan karma
·
9) Siddhi – pelepasan dari kelahiran semula
4) Agama Sikh
- Agama
Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan Keshatriya hindu yang
dilahirkan di Punjab.
- Kepercayaan
yang utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat
nirankar,abadi,amat berkuasa.
- Ajaran
agama sikh menolak penggunaan patung sebagai gambaran tuhan yang
transcendental dan tuhan adalah kuasa terkuat.
- Selain
itu,persaudaraan khalsa diperkenalkandengan tujuan memperkasakan identiti
sikh dengan memakai lima simbol utama iaitu;
- Kesh
– rambut panjang
- Kangha
– sikat
- Kara
– gelang besi
- Kirpan
– pedang kecil
- Kachera
– seluar jerut
TAMADUN CHINA
Di dalam Tamadun China terdapat
pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan
sesuatu kaum. Antaranya ialah;
1) Konfusianisme
- sejak
551SM-479SM oleh Joseph Needham,1954.
- berasal
daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama konfusius.
- menekankan
pengalaman nilai dan sifat moral seperti
,perikemanusian(ren),kesusilaan(li),
Ketaantan kepada ibu bapa(xiao).
- oleh
itu manusia dikatakan berupaya mencapai 4 jenis sifat yang mulia iaitu:
- perikemanusian(ren)
- kewajaran(yi)
- kesusilaan(Li)
- keanfan(zhi)
2) Daoisme
- diasaskan
oleh dua orang pemikir agung cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi.
- Lao
Zi dilahirkan pada 604 SM manakala Zhuang Zi pula pada 369SM-286SM.
- terbahagi
kepada dua cabang iaitu pemikiran falsafah Dao(daojia) dan aliran
keagamaan Dao(daojiao).
- kitab
daoisme (daodejing ) bersifat aliran keagamaan dan menerangkan
tentang aspek metafizik Dao.
- Doa
(jalan) mempunyai pengertian bagi punca segala penjelasan yang tidak
dilahirkan dan tidak dapat diperikan.
3) Moisme
- diasaskan
oleh Mo Zi pada 479SM-381SM.
- aspek
kasih sayang sejagat(jian’ai)
- mengecam
sikap suka berperang(feigong)
- menyerah
kepada nasib(feiming)
- mengutamkan
golongan cerdik pandai(shangxian)
- pengikut-pengikut
aliran ini menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran
konfisianisme.
- menjadi
pelopori analisis logic di Negara china.
3) Legalisme
- diasaskan
oleh seorang ahli falsafah cina iaitu Han Fei Zi.
- dilaksanakan
semasa china dibawah pemerintahan dinasti Chin.
- mengutamakan
pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah.
- menyarankan
pemerintahan berdasarkan undang-undang adalah lebih baik daripada
pemerintahan teladan yang disyorkan oleh konfusius.
- mengasaskan
pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara china.
SUMBANGAN-SUMBANGAN
TAMADUN MELAYU
- ·
Perkembangan intelektual bangsa
Melayu serta perkembangan BM. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
komunikasi utama unntuk berdagang di tanah melayu.
- ·
Pusat kegiatan ekonomi yang
menjadi tunjang kepada semua bangsa menjalanan aktiviti perdagangan.
- ·
Agama islam telah menjadi agama
rasmi di tanah melayu.
- ·
Sistem ekonomi dan pentadbiran
yang sistematik dan teratur.
TAMADUN INDIA
- ·
Muzik ,tarian dan
drama– muzik india menggunakan 4 komponen alat muzik iaitu
Tala,avanadhha,Ghana dan Surira. Tarian dan muzik mempunyai hubungan yang
erat,misaalnya tarian khatak dan muzik Hindustani.
- ·
kalendar matahari
dicipta untuk mengenal musim,tahun,bulan dan hari.
Astrologi
berkembang di zaman gupta .9 planet dan 27 bintang ini mempengaruhi kehidupan
manusia
- ·
Mereka berkemahiran
dalam ilmu kaji logam.Kemahiran orang india jelas Nampak pada Iron Pillar
di Delhi yang di buat pada kurun ke-5.ia merupakan besi yang tinngi 7
meter yang tulen dan tidak berkarat.
TAMADUN CHINA
- bermula
sejak kurun ke-14 SM
- berkembang
berterusan lebih daripada 3,000 tahun.
- bahasa
cina tidak pernah menerima sebarang sekatan kerana mengekalkan identitinya
dari segi lisan dan tulisan.
- pada
dasarnya,tulisan cina bersifat grafik dan bukan fonetik.
- bahasa
cina ini mengekalkan kesinambungan budaya cina dan membolehkan
kesusasteraan cina menjadi asset penting dalam budaya masyarakat
cina.
- terbahagi
kepada prosa, drama dan fiksyen.
1) membina tembok besar china yang menjadi
kebanggaan masyarakat cina dari dulu sampai sekarang.
- tembok
besar china ini merupakan contoh seni bina orang cina.
- mempunyai
kemahiran mencipta kertas dan tembikar.
2) telah mencipta mercun semasa dinasti Tang.
- pada
asalnya mercun digunakan untuk menyambut sesuatu perayaan tetapi
kemudiannya digunakan secara meluas dalam peperangan.
3) telah mencipta kompas yang pertama oleh penduduk
china.
- tujuan
utamanya ialah untuk kegunaan keagamaan.
- kampas
tersebut diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.