TAMADUN MELAYU
1) Tamadun
Melayu Sebelum Kedatangan Islam
- Terdapat dua ciri tamadun melayu yang muncul pada zaman ini. iaitu :
- Agragia : kerajaan berasaskan pertanian.
- Maritim : kerajaan berasaskan hasil laut.
- Kerajaan Agraria pada masa itu terdiri daripada kerajaan Angkor dan Funan.
- Manakala Srivijaya, Lembah Bujang dan Majapahit.
- Pembinaan negara-negara kota tersebut merupakan asas pembentukan Tamadun Melayu.
- Kepercayaan manusia dari dulu hingga sekarang dapat dikategorikan kepada 4 jenis;.
- DINAMISME [Penyembahan kekuatan alam].
- ANIMISME [Penyembahan roh/nenek moyang].
- POLITISME [Penyembahan tuhan yang tidak Esa].
- MONOTISME [Penyembahan tuhan yang Esa].
2) Tamadun Melayu Selepas Kedatangan
Islam
Teori Kedatangan Islam
- Islam datang ke Tanah Melayu melalui pedagang-pedagang dari cina, India dan Arab.
- Melalui Cina
- Melalui India
- Melalui Arab
- Perkembangan Islam ke dalam Tamadun melayu dimulai dengan golongan bangsawan, kerajaan-kerajaan Islam, golongan mubaligh, ulama dan ahli sufi.
- Seterusnya, golongan-golongan ini yang menyebarkan Islam di Tanah Melayu samada melalui perdagangan, perkahwinan dan penaklukan wilayah.
- Antara beberapa sebab mengapa islam itu mudah diterima penduduk rantau ini. Antaranya :
· 1) Islam tidak memaksa
masyarakat Alam Melayu supaya menerima ajarannya, sebaliknya menyerahkan kepada
setiap individu sama ada mahu menerimanya atau tidak
· agama baru ini boleh
mengasimilasikan ajarannya dengan budaya masyarakat Melayu yang telah sebati
dalam diri mereka
· 2) Islam merupakan
agama yang sederhana dan sifatnya ini telah mendapat tempat di kalangan
masyarakat Melayu.
TAMADUN INDIA
Di dalam Tamadun India terdapat
pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan
sesuatu kaum.Antaranya ialah;
- · Agama Hindu
- · Agama Buddha
- · Agama Jaina
- · Agama Sikh
1) Agama Hindu
- Sejarah awal kemunculan agama hindu sukar untuk ditentukan kerana agama ini dianggap bersifat agama semulajadi.
- Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia.
- Kepercayaan dan ajaran Hindhu diwarisi secara turun-temurun.
- Nama asal agama hinhu ialah Sanata Dharma bererti prinsip dan peraturan kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat tuhan yang kekal abadi.
2) Agama Buddha
- Agama Budhha diasaskan oleh Siddharta Gautama,putera Raja Sudhhodana Gautama daripada suku Shakya di India.
- Budhha berasal daripada perkataan budh yang bermaksud yang mendapat kesedaran.
- Di dalam agama budhha ini,ia tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhan,metafizikal atau sesuatu falsafah sebaliknya mengenai ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan.ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma atau Dharma merangkumi 4 kebenaran Mulia.
3) Agama Jaina
- Agama ini diasakan oleh Naputta Vardhamana yang digelar mahavira.
- Beliau merupakan anak lelakiseorang bangsawan yang sudah bosan dengan kemewahan dan hiburan serta hidup yang berfoya-foya.
- Agama Jaina banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Budhhaisme.
- Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu.Ajaran jaina ini mengandungi 9 prinsi-prinsip asas iaitu:
·
1) Jiva- roh yang terdapat dalam semua benda bergerak
·
2) Ajiva- benda yang tidak bernyawa
·
3) Asrava- daya penarik
·
4) Papa karma – dosa
·
5) Punya karma – pahala
·
6) Bandha – ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan
·
7) Samvara – menahan pengaliran karma
·
8) Nirjara – penghapusan karma
·
9) Siddhi – pelepasan dari kelahiran semula
4) Agama Sikh
- Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan Keshatriya hindu yang dilahirkan di Punjab.
- Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar,abadi,amat berkuasa.
- Ajaran agama sikh menolak penggunaan patung sebagai gambaran tuhan yang transcendental dan tuhan adalah kuasa terkuat.
- Selain itu,persaudaraan khalsa diperkenalkandengan tujuan memperkasakan identiti sikh dengan memakai lima simbol utama iaitu;
- Kesh – rambut panjang
- Kangha – sikat
- Kara – gelang besi
- Kirpan – pedang kecil
- Kachera – seluar jerut
TAMADUN CHINA
Di dalam Tamadun China terdapat
pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan
sesuatu kaum. Antaranya ialah;
- Konfusianisme
- Daoisme
- Moisme
- Legalisme
1) Konfusianisme
- sejak 551SM-479SM oleh Joseph Needham,1954.
- berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama konfusius.
- menekankan pengalaman nilai dan sifat moral seperti ,perikemanusian(ren),kesusilaan(li),
Ketaantan kepada ibu bapa(xiao).
- oleh itu manusia dikatakan berupaya mencapai 4 jenis sifat yang mulia iaitu:
- perikemanusian(ren)
- kewajaran(yi)
- kesusilaan(Li)
- keanfan(zhi)
2) Daoisme
- diasaskan oleh dua orang pemikir agung cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi.
- Lao Zi dilahirkan pada 604 SM manakala Zhuang Zi pula pada 369SM-286SM.
- terbahagi kepada dua cabang iaitu pemikiran falsafah Dao(daojia) dan aliran keagamaan Dao(daojiao).
- kitab daoisme (daodejing ) bersifat aliran keagamaan dan menerangkan tentang aspek metafizik Dao.
- Doa (jalan) mempunyai pengertian bagi punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan.
3) Moisme
- diasaskan oleh Mo Zi pada 479SM-381SM.
- konsep penting ialah
- aspek kasih sayang sejagat(jian’ai)
- mengecam sikap suka berperang(feigong)
- menyerah kepada nasib(feiming)
- mengutamkan golongan cerdik pandai(shangxian)
- pengikut-pengikut aliran ini menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran konfisianisme.
- menjadi pelopori analisis logic di Negara china.
3) Legalisme
- diasaskan oleh seorang ahli falsafah cina iaitu Han Fei Zi.
- dilaksanakan semasa china dibawah pemerintahan dinasti Chin.
- mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah.
- menyarankan pemerintahan berdasarkan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan yang disyorkan oleh konfusius.
- mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara china.
No comments:
Post a Comment