Definisi:
Beraja ialah sistem pemerintahan yang diperintah oleh raja dan biasanya secara monarki dan mutlak. Pembentukan dan perluasan empayar telah menyebabkan status seseorang raja itu meningkat daripada raja kepada maharaja seperti yang berlaku di China semasa pemerintahan Dinasti Chin dan di India semasa pemerintahan Dinasti Maurya. Republik ialah negara yang ditadbir oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.
Tamadun Melayu
-
Di
Alam Melayu, sistem pemerintahan beraja merupakan campuran sistem tempatan
dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja adalah ketua kerajaan.
-
Ciri-ciri
seseorang Raja:
i)
berkuasa
mutlak
ii)
berkuasa
membuat undang-undang dan menjatuhkan hukuman
iii)
Dianggap
oleh rakyatnya sebagai dewa (atau dewaraja) atau tuhan di muka bumi. Rakyat
tidak boleh mempersoalkan tindak tanduk raja.
- Menguasai
sumber-sumber ekonomi utama seperti pungutan cukai, tenaga buruh dan aktiviti
perdagangan. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara.
Perlantikan para pegawai secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8,
Pembesar 16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh astrologi Hindu.
-
Begitu
juga dengan sistem pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi oleh
agama Hindu. Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan
raja,penggunaan alat-alat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan
oleh tuhan-tuhan orang Hindu.
- Raja
menggunakan golongan Brahman (sami Hindu) untuk menonjolkan kekuatan dan
keistimewaannya menerusi cerita dongeng, legenda dan metos.
- Dalam
tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM,
pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak ( kerajaan bersifat
teokrasi).Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan
pemerintahan beraja.
- Semasa
India diperintah oleh Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya
(321 SM), India mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara
monarki.
- Gelaran
raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kawasan
sekitar dilakukan.
- Raja memerintah dengan bantuan Majlis
Penasihat.
- Empayar
dibahagikan kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang
wizurai.
- Kerajaan
ini mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan dan Perkhidmatan
Perisik yang teratur.
- Pentadbiran
awam termasuk Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran
kelahiran, kematian dan pendapatan.
- Bandar-bandar
dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu badan yang dibahagikan kepada 6
jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli.
- Negara
China merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan beraja. Ketua
bagi kerajaan pusat adalah maharaja atau Huang Ti.
- Raja
menduduki tempat teratas dalam susun lapis masyarakat Cina. Maharaja pertama
dalam Dinasti Chin menggunakan gelaran Huang Ti yang menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja dianggap hebat sebagai The Great King dan The King of
king.
- Orang
China percaya bahawa Raja diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman
Dinasti Shang dan Chou raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera.
- Namun,
jika dilihat maharaja berkuasa mutlak, tetapi dari segi praktikalnya ialah
kuasa raja adalah terhad. Hal ini kerana segala tindak-tanduk dan tindakan raja
dikawal oleh undang-undang moral dalam karya-karya klasik Confucius, iaitu kod
undang-undang yang diwarisi sejak zaman berzaman dan anggota-anggota Majlis Tertinggi.
- Antara
peranan-peranan raja:
i)
Ketua
empayar
ii)
Sumber
bagi segala undang-undang
iii)
Ketua
hakim dan ketua keagamaan
iv)
Berkuasa
melantik ketua dalam bidang keagamaan
v)
Melantik
pegawai-pegawai pentadbir
terima kasih untuk ilmu yang dikongsi ^^
ReplyDelete